
MENCARI TRAVEL BUDDY KEMBARA
PAKISTAN
NEGARA YANG INDAH
BANJARAN PERGUNUNGAN,
TASIK YANG MEMBIRU
& BUDAYA UNIK
JIKA ANDA MAHU TRAVEL BERSAMA,
JOM JADI TRAVEL BUDDY SAYA!
Saya mencari travel buddy untuk sama-sama menikmati kembara ke negara Pakistan.
Ramai yang bertanya untuk travel bersama-sama, tetapi sebelum ini saya sangat sibuk dengan tugasan luar negara. Jadual saya selalu penuh dan tidak dapat organize trip sendiri.
2023 saya bertekad untuk buka trip untuk kawan-kawan, kenalan dan juga geng sekepala. Kita akan mula teroka satu-satu negara, dan kita mahu pergi kembara dari satu negara ke satu negara.
8 KEISTIMEWAAN NORTH PAKISTAN
UNDER-RATED, TIDAK DIKETAHUI RAMAI
1) Alam semulajadi secantik dan setanding Switzerland. Digelar Swiss of Asia!
2) Destinasi pergunungan empat musim. Autumn is the best!
3) Hospitaliti orang pakistan yang cukup baik, peramah dan mesra dengan orang kita.
4) Negara Islam dan makanan Halal yang mudah didapati
5) Pemandangan pergunungan dan tasik yang sungguh luar biasa
6) Pelbagai aktiviti pilihan yang berbeza dari tempat lain
7) Kos kembara murah. Zaman ekonomi meleset, kita beralih ke destinasi lebih mesra poket tapi tidak kurang cantiknya.
8) Membeli-belah yang seronok kerana barangan yang murah.
Dan banyak lagi kelebihan Pakistan yang tak dapat diungkapkan. Tetapi mesti disaksikan dan merasai pengalaman baru yang mengasyikkan.
ITINERARY
THE BEST OF NORTH PAKISTAN
10 HARI 9 MALAM
*Itinerary adalah sebagai panduan kembara dan mungkin akan berubah tanpa notis. Gambar mungkin berbeza ketika musim dan cuaca yang berlainan
ADAKAH ANDA LAYAK JADI TRAVEL BUDDY?
TENTUNYA!
Tapi ada syaratnya. Menjadi travel buddy bermaksud anda suka mahu travel bersama-sama, bersedia untuk menjadi team player, saling membantu dan memberi kerjasama dalam kumpulan. Jika anda mencari layanan kelas pertama berkarpet merah, ini bukan kembara yang sesuai, kerana kami mencari rakan kembara yang akan berkongsi pengalaman sepanjang hayat.
ANGGARAN PERBELANJAAN
& TARIKH KEMBARA
Perbelanjaan dijangka sekitar RM5,000 - RM6,000. Anyway, no payment is required buat masa sekarang. Anda akan menerima jemputan dari saya melalui email atau Whatsapp sekiranya trip tersebut confirm.
Jika bajet ini meletup lebih dari yang anda jangka, mohon tidak mengisi borang ini. Bajet ini termasuk penerbangan terus ke Islamabad (bukan Lahore atau Amritsar) dan penerbangan tempatan antara Istanbul ke Skardu yang dapat menjimatkan masa perjalanan berbelas jam atas kenderaan darat. So we pay a bit more, for our own comfort.
TARIKH KEMBARA CADANGAN SEPERTI BERIKUT :
19-29 June (Summer, Cherry season)
3-13 July ((Summer, Cherry season)
17-27 July (Summer, Cherry season)
7-17 Ogos (End of summer)
24/8 - 2/9 (Autumn)
11-21 Sept (Autumn)
21-30 Sept (Autumn)
2-12/10 (Autumn)
16-26/10 (Autumn)
Mana-mana tarikh yang paling ramai didaftarkan, maka tarikh itulah yang akan dipilih. Maklumat final tarikh kembara akan dimaklumkan kemudian.
WHAT IS INCLUDED?
Tiket penerbangan return KUL - Islamabad
Penginapan 3 bintang (Twin Sharing)
Fullboard meal (Breakfast, lunch, dinner)
Pengangkutan berhawa dingin (Toyota Land Cruiser, Grand Cabin)
Khunjirab National Park fees, Shangri-La Lake fees
Bantuan Local Guide
Tour Leader Ohsem!
WHAT IS NOT INCLUDED?
UNTUK 15 ORANG TRAVEL BUDDY SAHAJA
PRA-PENDAFTARAN SEBELUM 31 APRIL 2023
DAFTAR SEKARANG!